Resepi ni saya ambil masa dengar radio IKIM tahun 2010 hari jumaat slop kongsi resepi jam 1030 pagi. Tak tau la sekarang masih ada lagi slot tu atau pun tak, sebab tak sempat nak dengar.
Ok, enuf bebel.
Bahan2 untuk 4 orang:
Nasi:
2 (tin yg susu pekat manis tu punya size) BERAS biasa
2 tin air biasa
1/2 tin susu cair
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
sebiji bawang yang di mayang halus
1 biji lemon (of course, kalo x tak de la panggil nasi lemon)
serbuk ketumbar sesudu besar
minyak masak sesudu besar
sehelai daun pandan
Cara nak masak:
Masukkan minyak masak dalam periuk nasi, tenggek atas api sederhana.
Tumis bunga cengkih, lawang, kulit kayu manis, buah pelaga, bawang yg di mayang.
dah naik bau tu dalam seminit/dua minit, Masukkan Air dan susu dan serbuk ketumbar.
Sementara tu toskan beras yang dah dicuci tu, dan masukkan.
Letak atas periuk nasi otomatik. Tekan. Dalam 15 minit kemudian, perahkan lemon dan gaul rata.
SIAP.
No comments:
Post a Comment