Thursday, July 26, 2012


Ungkep:

3 ketul ubi kayu size sederhana - potong seinci2 dan buang kulit.
sedikit kunyit dan secubit garam.
3 biji bawang merah dan 1 biji bawang putih dan sedikit ikan bilis. (tumbuk semua bahan ini)

Gaul kunyit dan garam atas ubi.
Tumis bahan2 tumbuk hingga garing. Masukkan garam dan air masak 3 cawan. Masukkan ubi, dan tutup.
Tunggu dalam 20 minit hingga agak kering. Gaul2 sekali sekala supaya tidak hangit.

Kuih Ketayap

Kuih Ketayap is my favourite tradisional kuih. Rasa yang enak dgn bau pandan, dan manis isi inti kelapanya membuatkan saya makan sekali nak lagi dan lagi.. tapi bahaya manis.. diabetes menghampiri.... OK, ni dia kuih ketayap saya yang versi warna kuning:


Nampak lembut dan enak je kan?...

Hehehe
Inti:

Kelapa parut setengah biji
3 keping gula melaka hitam yg size kecil
secubit garam
daun pandan
Air secawan.

Cara2:
Masukkan air ke dalam kuali panas, masukkan gula melaka dan kacau atas api sederhana.
Kacau sampai hancur gula merah. Masukkan secubit garam.
Masukkan kelapa dan gaul2 rata, dalam 5-10 minit sampai agak kering intinya.
Sejukkan ikut suhu bilik.

Ni resepi dia:

Dadar:

2 cawan tepung gandum biasa
2 cawan air biasa
kunyit serbuk sedikit
secubit garam.
Telur ayam sebiji.

Cara2:
Masukkan semua bahan sekali dalam blender, tekan sampai hancur dan likat.
Ambil sesenduk dan tuang atas kuali yang tak lekat.
Nampak tengah dah kering, angkat dan letak tepi.


Kuih:

Masukkan inti dan gulung.

Nasi Minyak Ayam Masak Merah dan Acar


Nasi Minyak:

Bahan2:
1 sudu minyak sapi
10 biji kismis
5 biji bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji bunga lawang
2 tin beras biasa
2 1/2 tin air
1/2 tin susu cair
1 helai daun pandan
pewarna hijau
pewarna merah

Cara2:

Panaskan minyak sapi dalam periuk nasi, masukkan bunga cengkih, kayu manis, pelaga, lawang.
Dah bau wangi, masukkan air dan susu cair
Dalam 10 minit, masukkan kismis gaul sekali je.
Letak atas periuk nasi letrik dan tekan, dalam 10 minit lagi tu letak daun pandan. Titiskan pewarna hijau sikit dan merah sikit.
SIAP.

Ayam Masak Merah.

Ayam separuh ekor (potong kecil2).
Cili kering 10 biji (potong2 dan rendam dalam air panas)
Bawang merah 5 biji
Bawang putih 3 biji
Kulit kayu manis 1 inci
Bunga Lawang 1 kuntum
Halia seinci
Serai sebatang
Gula Merah sesudu besar
Lengkuas 1/2 inci
Sedikit minyak masak
Cara2:
1. Ayam dibasuh, dilumur kunyit dan garam. Goreng.
2. Sementara tu, blend Lengkuas, Halia, Bawang merah dan bawang putih.
3. Tumis bunga lawang, kulit kayu manis. Bila bau dan naik, masukkan bahan2 yg di blend.
4. Masukkan Cili yg sudah dibasuh2 dulu dan buang biji dia (blend dalam bekas blender bawang tadi).
 5. Masukkan Serai. Kacau-kacau sikit, tunggu dalam 5 minit sampai dah nak garing dan naik bau.
6. Masukkan air asam jawa, garam dan gula merah. Gaul rata.
7. Dah mendidih baru lah masukkan ayam yang telah digoreng tadi

 Acar:

1 biji cili benggala hijau
1 biji cili benggala merah
1 biji bawang besar di potong memanjang
Sedikit kobis.

Cuka, garam dan gula Mayang kesemua bahan. Masukkan sesudu besar cuka, secubit garam dan secubit gula. Masukkan air masak, gaul dengan sudu supaya rata.

 SIAP untuk di makan...



Nasi Lemon Chef Sabri versi Liya

Resepi ni saya ambil masa dengar radio IKIM tahun 2010 hari jumaat slop kongsi resepi jam 1030 pagi. Tak tau la sekarang masih ada lagi slot tu atau pun tak, sebab tak sempat nak dengar.

Ok, enuf bebel.

Bahan2 untuk 4 orang:

Nasi:
2 (tin yg susu pekat manis tu punya size) BERAS biasa
2 tin air biasa
1/2 tin susu cair
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
sebiji bawang yang di mayang halus
1 biji lemon (of course, kalo x tak de la panggil nasi lemon)
serbuk ketumbar sesudu besar
minyak masak sesudu besar
sehelai daun pandan

Cara nak masak:

Masukkan minyak masak dalam periuk nasi, tenggek atas api sederhana.
Tumis bunga cengkih, lawang, kulit kayu manis, buah pelaga, bawang yg di mayang.
dah naik bau tu dalam seminit/dua minit, Masukkan Air dan susu dan serbuk ketumbar.
Sementara tu toskan beras yang dah dicuci tu, dan masukkan.
Letak atas periuk nasi otomatik. Tekan. Dalam 15 minit kemudian, perahkan lemon dan gaul rata.
SIAP.